Semuanya yang
anda perlu tahu berkenaan..... 
PENGECUALIAN
Polisi ini tidak
melindungi apa-apa penghospitalan, pembedahan atau bayaran yang disebabkan
secara lansung atau tidak lansung, sepenuhnya atau sebahagian, oleh mana-mana
satu (1) kejadian yang berikut:-
-
Penyakit Sedia
Ada Definisi
-
Penyakit
Tertentu yang berlaku dalam tempoh 120 hari pertama bagi perlindungan
berterusan. Definisi
-
Apa-apa keadaan
perubatan atau fisikal yang berlaku dalam masa tiga puluh (30) hari pertama
perlindungan atau tarikh pengembalian semula bagi orang yang diinsuranskan,
mengikut mana-mana yang terakhir kecuali untuk kecederaan akibat kemalangan.
-
Pembedahan kosmetik / plastik,
perkhatanan, pemeriksaan mata, cermin mata dan biasan atau pembedahan
pembetulan bagi rabun dekat (radial keratotomi) serta penggunaan atau
pemerolehan peralatan prostetik luaran atau peralatan seperti anggota tiruan,
alat pendengaran, alat pacemaker tertanam dan preskripsinya.
-
Penyakit
pergigian termasuk rawatan pergigian atau pembedahan oral kecuali yang
diperlukan apabila berlaku kecederaan terhadap gigi asli yang sihat akibat
kemalangan yang terjadi sepenuhnya ketika tempoh insurans.
-
Rawatan
kejururawatan peribadi, penjagaan sambil rehat, rumah pemulihan semulajadi,
dadah yang menyalahi undang-undang, intoksikan, sterilisasi, penyakit
kelamin dan yang berikutannya, AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit)
atau ARC (Kompleks Berkaitan AIDS) dan penyakit berkaitan HIV (Virus Kurang
Daya Tahan Melawan Penyakit), serta sebarang penyakit berjangkit yang
memerlukan kuarantin di bawah undang-undang.
-
Sebarang rawatan
atau pembedahan untuk keabnormalan atau kecacatan kongenital termasuk yang
diwarisi secara keturunan.
-
Kehamilan,
kelahiran anak (termasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran,
pengguguran serta penjagaan sebelum kelahiran atau selepas kelahiran, kaedah
pencegah kehamilan secara pembedahan, mekanikal atau kimia atau rawatan
untuk kesuburan. Ketidakmampuan erektil dan ujian atau rawatan yang
berkaitan dengan masalah mati pucuk atau sterilisasi.
-
Kemasukan
hospital yang secara utamanya untuk tujuan pemeriksaan, diagnosis, ujian
X-ray, pemeriksaan fisikal atau perubatan am, yang bukan disebabkan rawatan
atau diagnosis hilang upaya yang dilindungi atau sebarang rawatan yang tidak
perlu secara perubatan serta sebarang rawatan pencegahan, perubatan atau
pemeriksaan pencegahan yang dilakukan oleh pakar perubatan, serta rawatan
yang khusus untuk mengurangkan atau menambah berat badan.
-
Membunuh diri
atau percubaan membunuh diri, kecederaan diri yang disengajakan sama ada
semasa siuman atau tidak siuman.
-
Perang atau
sebarang tindakan perang, sama ada diisytiharkan atau tidak, aktiviti
jenayah atau pengganas, bertugas secara aktif dalam angkatan tentera,
penglibatan langsung dalam mogok, rusuhan dan kekacauan awam atau
pemberontakan.
-
Radiasi
pengionan atau pencemaran radioaktiviti dari sebarang bahan nuklear atau
buangan nuklear dari proses pemecahan nuklear atau dari sebarang bahan
senjata nuklear.
-
Biaya yang
ditanggung bagi pendermaan sebarang organ badan oleh orang yang
diinsuranskan serta kos bagi pemerolehan organ termasuk semua kos yang
ditanggung penderma ketika pemindahan organ serta komplikasinya.
-
Pemeriksaan dan
perubatan untuk gangguan tidur dan dengkuran, terapi penggantian hormom dan
terapi alternatif lain seperti rawatan, khidmat dan bekalan perubatan selain
daripada ubatan Barat, termasuk tetapi tidak terhad kepada khidmat
kiropraktik, akupuntur, akupressure, refleksologi, rawatan tulang, rawatan
herba, urutan atau terapi aroma atau sebarang rawatan alternatif lain.
-
Jagaan atau
rawatan yang pembayarannya tidak dikehendaki atau setakat yang ia dibayar
oleh mana-mana insurans lain atau tanggung rugi yang melindungi Orang yang
diInsuranskan dan hilang upaya yang timbul daripada tugas dalam pekerjaan
atau kerjaya yang dilindungi dibawah kontrak Insurans Pampasan Pekerja.
-
Psikotik,
gangguan mental atau saraf (termasuk sebarang sakit saraf serta manifestasi
fisiologi atau psikosomatik).
-
Kos/biaya yang
bukan berbentuk perubatan seperti televisyen, telefon, khidmat teleks, radio
atau sepertinya, kit/pakej kemasukan hospital dan sebarang barangan bukan
perubatan yang tidak berkenaan.
-
Penyakit atau
kecederaan yang berpunca daripada sebarang jenis perlumbaan (kecuali
perlumbaan kaki), sukan merbahaya tetapi tidak terhad kepada sukan terjun
udara, luncur air, aktiviti dalam air yang memerlukan peralatan pernafasan,
sukan musim sejuk, sukan profesional dan sebarang aktiviti yang menyalahi
undang-undang.
-
Penerbangan
peribadi selain daripada sebagai penumpang berbayar dalam mana-mana
penerbangan komersil berjadual tetap yang mempunyai lesen untuk membawa
penumpang dalam laluan yang diiktiraf.
-
Perbelanjaan
yang ditanggung bagi penukaran jantina.
Kembali
ke kandungan
This
is USJatyourservice,
Service At Its Best!
provided by kooagency
|