Semuanya yang anda perlu tahu berkenaan.....


 SOALAN-SOALAN SELALU DITANYA 

Q:    Mengapa saya perlukan pelan ini?

A:    Kos hospital yang tinggi mungkin akan melenyapkan wang simpana anda yang berharga. Wang adalah perkara terakhir yang perlu kita risaukan apabila dimasukkan ke hospital.

Q:    Siapa yang layak menyertai pelan ini?

A:    Sesiapa yang berumur di antara tiga puluh (30) hari hingga enam puluh (60) tahun (umur pada hari lahir yang akan datang) dan berada dalam keadaan kesihatan yang baik. Bagi orang asing (Expatriate/Professionals, PR atau Malaysia My Second Home), layak membeli Pelan 1 - Pelan 4, tetapi perlindungan hanya terhad kepada Hospital di Malaysia sahaja.

Q:    Bilakah perlindungan untuk saya bermula?

A:    Pada hari kami meluluskan borang cadangan anda.

Q:    Adakah pelan MedicaGen 200 mempunyai Pembaharuan Terjamin?

A:    Ya, Pembaharuan Terjamin sehingga usia 75 tahun atau sehingga Had Seumur Hidup telah dibayar (yang mana dulu).

Q:    Ada tempoh menunggu?

A:    Ya, 30 hari dari tarikh polisi berkuatkuasa kecuali akibat kemalangan.

Q:    Jika saya membaharui insurans polisi MedicaGen 200 saya, adakah tempoh 30 hari itu terpakai?

A:    Tidak..

Q:    Berapakah jumlah yang boleh saya tuntut?

A:    Anda boleh menuntut sehingga Had Tahunan Keseluruhan dalam setiap tahun dan sehingga Had Seumur Hidup dalam seumur hidup anda di bawah pelan yang anda pilih tertakluk kepada had faedah-faedah individu.

Q:    Adakah pelan ini mempunyai Pembayaran Jumlah Potongan (Deductible)?

A:    Tidak.

Q:    Apakah itu Pembayaran Bersama Bilik & Makan Naik Taraf?

A:    Jika Orang yang Diinsuranskan dimasukkan ke hospital pada kadar Bilik & Makan yang lebih tinggi dari faedah layak beliau, maka Orang yang Diinsuranskan harus menanggung 20% dari faedah layak lain yang ditetapkan dalam Jadual Faedah untuk setiap tuntutan.

Q:    Jika pelan MedicaGen 200 adalah 'Cashless', mengapakah Orang yang Diinsuranskan perlu juga dikenakan membayar wang cagaran apabila dimasukkan ke hospital yang turut serta?

A:    Bayaran wang cagaran ini biasanya adalah untuk pembiayaan penggunaan perkhidmatan bukan berbentuk perubatan seperti caj telefon, cucian, dll. atau Pembayaran Bersama yang di tanggung oleh Orang yang Diinsuranskan.

Q:    Bolehkah saya pilih untuk mendapat rawatan dari Hospital yang bukan turut serta?

A:    Boleh. Tetapi, anda harus membuat segala bayaran dahulu dan kemudian membuat tuntutan, mengikut kadar caj yang perlu dan munasabah.

Q:    Bolehkah saya mempertingkatkan Pelan saya?

A:    Ya, anda boleh berbuat demikian. Walaubagaimanapun, sebarang permohonan akan disifatkan sebagai permohonan baru dan anda perlu memberikan maklumat kesihatan anda yang terkini.

Q:    Bagaimana saya membuat tuntutan?

A:    Anda hanya perlu telefon 1-800-88-2318.

Kembali ke kandungan

This is USJatyourservice, Service At Its Best! provided by kooagency

WhatsApp or Call our Mobile Service Line 012-6597262 to renew your Motor Insurance!

or if you prefer, you may e-mail us at kooagency@yahoo.com

@ kooagency web services since Aug 2000