Maklumat Penting yang Anda Harus Tahu Berkenaan..... INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN (IPK)


MAKLUMAT PENTING BERKENAAN PEMBELIAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN (IPK)
Bakal Pemilik Polisi yang dihormati,

Anda dinasihatkan membaca keseluruhan senarai semakan dibawah yang mana akan memberikan anda penerangan mengenai ciri-ciri penting polisi IPK supaya anda mendapat maklumat dan boleh membuat keputusan sebelum membeli polisi. Jika anda ragu-ragu atau terdapat maklumat yang tidak jelas, anda dinasihatkan mendapatkan pengesahan lanjut daripada wakil insurans anda atau menghubungi Kakitangan Pusat Panggilan Pelanggan kami di talian 1 300 888 622.

Anda perlu berpuashati bahawa polisi IPK yang anda ingin beli adalah memenuhi keperluan anda dan premium yang perlu dibayar dibawah polisi ini adalah jumlah yang mampu anda bayar.

Senarai ciri-ciri yang penting sebagai mana yang terkandung di dalam dokumen polisi IPK adalah seperti berikut:-
  1. Faedah yang terkandung di dalam polisi.
  2. Kelebihan perubatan atau pengecualian teknikal atau sekatan yang dikenakan.
  3. Had faedah (contoh: % kos yang dilindungi oleh polisi, bayaran bagi pihak, siling kepada jumlah kos tuntutan, jumlah yang ditolak) dan sebagainya.
  4. Cara dan sejauh mana hak penginsurans untuk meneliti dan meminda premium yang dibayar dan notis yang perlu diberikan oleh penginsurans sekiranya berlaku perubahan.
  5. Keadaan sedia wujud, penyakit khusus dan tempoh kelayakan yang berkaitan.
  6. Fasal lazim dan berpatutan.
  7. Jumlah premium perlu dibayar dan tempoh pembayaran.
  8. Untuk polisi yang diperbaharui secara tahunan, samada pembaharuan polisi adalah dijamin.
  9. Keadaan-keadaan yang akan membawa kepada senario berikut apabila polisi diperbaharui: a) polisi diperbaharui dengan penambahan premium; b) polisi diperbaharui dengan pengecualian, jumlah lebihan dan sebagainya; dan c) polisi yang mana satu atau lebih ahli yang diinsuranskan tidak diperbaharui.
  10. Implikasi menukar polisi dari satu penginsurans kepada yang lain atau menukar dari satu pelan insurans kepada pelan yang lain akan mengakibatkan Tempoh Menunggu, Penyakit Khusus dan Keadaan Sedia Wujud dimulakan semula atau borang permohonan anda tidak diterima.
  11. Penginsurans berhak menolak liabiliti bersabit kegagalan anda mengemukakan maklumat penting dalam borang premohonan yang mungkin mempengaruhi keputusan penginsurans samada untuk menerima atau menolak permohonan, dan juga berkaitan dengan premium dan syarat-syarat di dalam polisi kepada pemilik polisi.
  12. "Tempoh Pemerhatian" 15 hari akan diberikan kepada anda untuk meneliti kesesuaian polisi yang baru dibeli. Sekiranya anda memulangkan semula polisi kepada penginsurans dalam tempoh ini, premium akan dikembalikan selepas ditolak semua perbelanjaan, sekiranya ada.
  13. Terma dan syarat-syarat terdapat di dalam polisi asal akan dihantar kepada saya setelah penginsurans telah menaja jamin dan meluluskan permohonan anda.
  14. Rujukan kepada asas polisi IPK boleh didapati dari buku "Pengenalan kepada Produk Insurans Perubatan dan Kesihatan" yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia.

This is USJatyourservice, Service At Its Best! provided by kooagency

WhatsApp or Call our Mobile Service Line 012-6597262 to renew your Motor Insurance!

or if you prefer, you may e-mail us at kooagency@yahoo.com

@ kooagency web services since Aug 2000