Semuanya yang anda perlu tahu berkenaan..... FWCS


Prosedur Tuntutan

Dapatkan Carta Aliran Tuntutan bagi FWCS

Apabila berlaku kemalangan yang dilindungi di bawah FWCS:-

1. LAPORKAN kemalangan dengan segera kepada Jabatan Buruh (untuk kemalangan pekerjaan sahaja).

Kegagalan melaporkan kemalangan pekerjaan akan menyebabkan majikan disabit kesalahan di bawah Seksyen 13(5) Akta dan dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 untuk kesalahan pertama, dan denda tidak melebihi RM10,000 untuk kesalahan berikutnya.

2. LAPORKAN kemalangan berkenaan dengan segera kepada ZURICH Insurance Malaysia Berhad (03-21468000) dan kemukakan dokumen (yang mana berkenaan) berikut untuk pemerosesan tuntutan:-

  1. Borang Tuntutan yang dilengkapkan

  2. Taksiran Buruh

  3. Laporan Perubatan

  4. Resit Perubatan

  5. Sijil Kematian (untuk tuntutan kematian)

  6. Laporan Bedah Siasat (untuk tuntutan kematian)

  7. Laporan Polis (untuk tuntutan kematian)

  8. Lain-lain Dokumen Tuntutan (jika ada) yang diperlukan


WhatsApp or Call our Mobile Service Line 012-6597262 to renew your Motor Insurance!

or if you prefer, you may e-mail us at kooagency@yahoo.com

@ kooagency web services since Aug 2000